PERATURAN KEDIAMAN RUMAH PANGSA
(BANDAR SRI DAMANSARA)
1. PENDAHULUAN
1.1 Umum
a) Tujuan mengadakan Peraturan Kediaman
rumah pangsa adalah seperti berikut :
·
Mengujudkan
cara hidup harmoni di kalangan penduduk setempat.
·
Melindungi
penduduk daripada sebarang gangguan / kekacauan berpunca dari penyalahgunaan flet.
·
Mengekalkan
reputasi dan prestasi flet.
·
Menikmati
penggunaan unit kediaman serta kemudahan-kemudahan yang disediakan secara
maksima.
·
Mengelakkan
penyalahgunaan kemudahan yang disediakan oleh pihak yang tidak bertanggung
jawab.
·
Mengekalkan
kemudahan agar sentiasa berkeadaan baik dan berfungsi.
b) Peraturan Kediaman rumah pangsa
diujudkan sebagai garispanduan bagi mentadbir cara hidup dan penggunaan
kemudahan yang disediakan. Semua penduduk, tetamu atau mana-mana individu lain
yang berada di dalam kawasan flet ini tertakluk kepada Peraturan Kediaman ini.
Pihak Pengurusan berhasrat mewujudkan keselesaan dan keamanan, kerjasama
penduduk untuk mematuhi segala peraturan, tersebut amat diharapkan.
c) Pihak Pengurusan bertanggung jawab
penuh untuk melaksanakan Peraturan Kediaman ini di samping berhak mengubah
Peraturan Kediaman dari masa ke semasa tanpa perlu berunding dengan penduduk.
Walau bagaimanapun sebarang cadangan secara bertulis dialu-alukan dari penduduk
dan Pihak Pengurusan berhak untuk menerima atau menolak mana-mana cadangan
tersebut. Peraturan Kediaman hanya akan diubah untuk menjaga kepentingan
majoriti penduduk dan bukan untuk kepentingan mana-mana pihak.
1.2 Definisi
·
"Flet" merujuk kepada
'rumah pangsa'; termasuk unit-unit flet individu di kawasan flet.
·
"Pemilik"
merujuk kepada orang yang memiliki unit flet secara sah dari segi
undang-undang.
·
"Tetamu"
merujuk kepada mana-mana orang yang bukan pemilik yang menghuni atau penyewa;
dan hadir ke kawasan flet secara jemputan oleh mana-mana pemilik yang menghuni
atau penyewa flet.
·
"Penyewa"
merujuk kepada orang yang pada masa itu menyewa mana-mana unit flet.
·
"Penduduk"merujuk
kepada sama ada penyewa atau pemilik mana-mana unit flet dan pada masa yang
sama menghuni flet tersebut.
·
"Pihak
Pengurusan" merujuk kepada pemaju atau manamana wakil / agen pengurusan
yang dilantik oleh pemaju untuk menguatkuasakan peraturan-peraturan ini.
·
"Mana-mana
individu lain" termasuklah kontraktor, penghantar barang dan lain-lain.
2.0 PENGHUNIAN
2.1 Maksud Kegunaan
Unit-unit
flet ini adalah untuk tujuan kediaman sahaja dan tidak boleh digunakan bagi
tujuan lain (secara sah atau sebaliknya) yang boleh menjatuhkan reputasi flet
atau berlawanan dengan syarat nyata kegunaan.
2.2 Tetamu
Semua
penduduk bertanggung jawab memastikan tetamu mereka mematuhi Peraturan Kediaman
di setiap masa dan menghormati hak penduduk flet ini. Setiap penduduk
berkewajipan terhadap apa-apa kerugian yang disebabkan oleh tetamunya.
2.3 Haiwan Peliharaan
Penduduk dan
tetamu tidak dibenarkan membawa masuk, memelihara atau menyimpan di sekitar
atau dalam unit fletnya mana-mana haiwan peliharaan seperti kucing, anjing dan
lain-lain yang boleh menyebabkan kebisingan atau gangguan kepada penduduk lain.
Pihak Pengurusan berhak merampas haiwan peliharaan yang didapati berkeliaran di
kawasan harta bersama/ kawasan awam tanpa perlu merujuk kepada tuanpunya dan
tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang kerugian.
2.4 Larangan
Membuat Bising
a)
Setiap
penduduk perlu mengawal tindak-tanduknya bagi mengelak kebisingan atau gangguan
kepada penduduk setempat. Penduduk dilarang keras membuat bising secara
berlebihan, berkelakuan liar atau tidak seronoh.
b)
Penduduk
dinasihatkan mengawal bunyi radio, TV, set hi-fi dan lain-lain peralatan
elektronik yang boleh mengganggu ketenteraman dan keselesaan penduduk setempat.
c)
Penduduk
dinasitat tidak membunyikan hon tanpa sebab munasabah atau menghidupkan enjin
motosikal di koridor bangunan yang boleh mengganggu atau menyebabkan kemarahan
penduduk setempat.
d)
Penduduk
juga bertanggung jawab menasihat sesiapa yang didapati membuat bising termasuk
pemandu kenderaan bermotor di sekitar kawasan flet dan kanak-kanak terutama
menjelang lewat malam. lbu bapa / penjaga perlu melarang anak-anak di bawah
umur atau tiada lesen memandu dari memandu kenderaan di sekitar kawasan flet
bagi mengelak kejadjan yang tidak diingini.
e) Penduduk digalak mengadakan majiis
keramaian di dalam unit flet masing-masing. Penduduk yang bercadang mengadakan
majiis keramaian di kawasan harta bersama / kawasan awam mesti mendapat
kebenaran bertulis dan ditamatkan sebelum atau pada waktu yang ditetapkan oleh
Pihak Pengurusan di samping perlu mengawal kadar kebisingan agar tidak
mengganggu penduduk setempat.
2.5 Hak
Mengunakan Kemudahan Yang Disediakan
Hak menggunakan kawasan harta bersama/kawasan awam dan
kemudahan di dalamnya berpindah kepada penyewa apabila unit flet disewakan dan
pemilik tidak berhak menggunakan kemudahan tersebut walaupun ianya pemilik
berdaftar.
2.6 Pengunaan
Kakitangan Pengurusan
a)
Mana-mana
penduduk tidak dibenar menggunakan kakitangan Pihak Pengurusan bagi urusan
peribadi atau suruhan. Kakitangan pengurusan dan penyelenggaraan hanya boleh
terlibat dalam kegiatan penduduk dengan kebenaran Pihak Pengurusan.
b) Tiada upah atau saguhati dibenarkan
ke atas mana-mana kakitangan Pihak Pengurusan yang menjalankan tugas secara
lazim.
2.7 Aktiviti
Yang Tidak Dibenarkan
Tidak dibenarkan apa-apa aktiviti penjualan barangan
atau perkhidmatan atau perkumpulan berbau politik di dalam unit flet.
2.8 Bahan
Mudah Bakar
Bahan mudah
terbakar seperti keluaran petrol atau merbahaya, menyebabkan asap atau berbau
busuk / keras tidak boleh disimpan atau digunakan dalam amaun yang melebihi
keperluan isi rumah.
3.0 KAWASAN HARTA BERSAMA / KAWASAN AWAM
3.1 Larangan
Menghalang Kawasan Harta Bersama / Kawasan Awam
Mana-mana bahagian tangga, bawah tangga, koridor, lobi
dan tepi bangunan tidak boleh dihalang atau digunakan bagi tujuan selain dari
yang diperuntukkan. Motosikal, basikal, permainan kanak-kanak, 'roller-skate',
'skate-board' dan sebagainya tidak boleh digunakan, ditempatkan atau
ditinggalkan di kawasan harta bersama / kawasan awam selain dari tempat yang
diperuntukkan bagi tujuan tersebut sahaja.
3.2 Tanaman
Berpasu
Tanaman berpasu perlu diletakkan dalam bekas yang
sempurna bagi mengelak air siraman dan tanah baja dari menitik atau jatuh ke
unit flet atau kawasan harta bersama / kawasan awam di tingkat bawah. Semua
penduduk perlu memastikan tanaman berpasu atau sebarang objek lain tidak
diletakkan secara merbahaya atau berdekatan perimeter unit flet yang
berkemungkinan akan jatuh dan mencederakan orang lain atau, kerosakan kepada
harta di tingkat bawah.
3.3 Kebersihan
Dinding Luar Bangunan
Semua penduduk flet perlu menjaga etika ketika
membersihkan kawasan luar unit flet bagi menghalang air dari mengalit ke
kawasan luar bangunan atau unit flet lain.
3.4 Tanggungan
Ke Atas Kerosakan Harta Benda Awam
Apa-apa kerosakan atau kemusnahan ke atas harta benda
awam akan ditaksir oleh Pihak Pengurusan dan kos pembaikan dan / atau
penggantian akan di caj kepada penduduk terlibat walaupun ianya tidak dilakukan
oleh penduduk itu sendiri tetapi oleh sama ada tetamu, penyewa, wakil atau
kontraktor yang dilantik oleh penduduk terlibat itu.
3.5 Keseragaman
Bahagian Luar Flet
a) Bagi mengekalkan imej flet,
keseragaman bahagian luar bangunan perlu dikekalkan dari segi rupabentuk, warna
cat dan lain-lain sebagaimana asal. Semua penduduk tidak dibenarkan membuat
sebarang pengubahsuaian atau sambungan melalui pintu atau tingkap atau mengecat
bahagian luaran. Pemasangan gril dan awning tidak dibenarkan tanpa kebenaran
pemasangan mewajibkan penduduk mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh
pemaju atau Pihak Pengurusan terutama dari segi penentuan corak dan warna.
Pemasangan gril adalah terhad di dalam ruang atau bahagian fletnya sahaja.
b) Penyapu, mop, kotak, notis, iklan,
poster dan lain-lain barang persendirian tidak dibenarkan sama sekali di letak
di mana-mana kawasan harta bersama / kawasan awam dengan apa jua cara dan dapat
dilihat dengan jelas dari arah luar unit flet.
c) Setiap penduduk unit flet perlu
memastikan tiada apa-apa barang persendirian selain dari yang dibenarkan oleh
Pihak Pengurusan diletakkan di bahagian luar unit flet masing-masing. Penduduk
tidak dibenarkan membuat apa-apa binaan konkrit atau pemasangan ampaian
melebihi had balkoni atau tinglcap bagi tujuan menjemur pakaian.
d) Semua paku, skru atau seumpamanya
yang dipasang di pemukaan luar bangunan flet hendaklah dari bahan tahan karat
bagi mengelak kekotoran atau tompokan kotor di permukaan luar tersebut.
3.6 Kemudahan Dan Peralatan Di Kawasan Harta Bersama / Kawasan Awam
Semua kemudahan dan peralatan yang
ditempatkan dan atau dipasang di kawasan harta bersama / kawasan awam adalah
disediakan untuk keselamatan, keselesaan dan kemudahan semua penduduk maka.
tidak boleh dirosak, dimusnah, diubahsuai atau dipindahkan tanpa kebenaran
bertulis Pihak Pengurusan.
4.0 TEMPAT
LETAK KENDERAAN
4.1 Peruntukan
Tempat Letak Kenderaan
Peruntukan tempat letak kenderaan berdasarkan kepada
"siapa cepat dia dapat" dan tiada petak khusus diperuntukkan bagi
mana-mana penduduk. Pihak Pengurusan tidak akan bertanggung jawab terhadap
keselamatan mana-mana kenderaaan yang diletakkan di tempat letak kenderaan flet
ini. Setiap penduduk bertanggungjawab terhadap keselamatan kenderaan
masing-masing. Penduduk tidak dibenar mendirikan sebarang pondok sebagai tempat
letak kcnderaannya. Semua peraturan berkaitan tempat letak kenderaan tidak
boleh diubah tanpa kelulusan Pihak Pengurusan.
4.2 Kenderaan
Lama (Usang) Dan / AtauTidak Lagi Digunakan
Pihak Pengurusan berhak menarik keluar dari kawasan flet
ini mana-mana kenderaan lama (usang) dan / atau tidak lagi digunakan tanpa
perlu menanggung apa-apa kos kerosakan yang mungkin timbul sepanjang ia ditarik
keluar.
4.3 Pembaikan
Kenderaan
Kerja-kerja pembaikan besar tidak boleh dijalankan di
kawasan tempat letak kenderaan flet. ("Pembaikan besar" termasuk
pembaikan yang melibatkan bunyi berlebihan atau tumpahan minyak atau kotoran).
4.4 Risiko
Ke Atas Pemilik Kenderaan
Pihak Pengurusan tidak akan bertanggungjawab ke atas
apa-apa kecurian, kehilangan, kerosakan atau sebarang kesalahan dari segi
undang-undang yang berlaku ke atas mana-mana kenderaan (termasuk barangan di
dalamnya) yang diletakkan di tempat letak kenderaan flet.
4.5 Pembinaan
Struktur Tambahan Tempat Letak Kenderaan
Tidak dibenarkan apa-apa binaan atau struktur tambahan
di kawasan tempat letak kenderaan flet.
4.6 Motosikal,
Basikal Dan Lain-lain.
Motosikal, basikal dan lain-lain kenderaan yang
sejenis dengannya perlu diletakkan di tempat letak kenderaan yang disediakan
dan tiada sebab untuk diletakkan di tempat selain daripada itu.
5.0 PEMBUANGAN
SAMPAH / SISA BUANGAN
5.1 Sampah Berkuantiti Kecil
Sampah dapur perlu dimasukkan ke dalam beg plastik
tidak poros dan diikat kemas sebelum dibuang ke dalam tong sampah yang
disediakan di rumah sampah berhampiran flet masing masing. Pastikan sampah
dapur bebas dari berair bagi mengelakkannya menitis ke lantai kawasan harta
bersama / kawasan awam. Penduduk tidak dibenarkan mencampak sampah keluar dari
tingkap atau pintu unit flet atau meninggalkannya di mana-mana kawasan harta
bersama / kawasan awam.
5.2 Pintu
Rumah Sampah
Pastikan pintu rumah sampah sentiasa bertutup selepas
digunakan untuk mengelak haiwan atau serangga masuk dan mengotorkan sampah
menyebabkannya berterabur.
6.0 KERJA-KERJA PEMBAIKAN / MENAIK TARAF UNIT
FLET
6.1 Waktu
Bekerja
Kerja-kerja pembaikan atau menaik taraf unit flet
hanya dibenarkan dalam waktu bekerja iaitu:
Isnin – Jumaat
: 9.00 pagi - 5.00 petang
Sabtu : 9.00 pagi - 1.00 tengahari
Ahad & Cuti Umum : Tidak dibenarkan
la bertujuan
mengelak gangguan ke atas penduduk flet yang lain akibat kebisingan berpunca
dari kerja-kerja tersebut.
6.2 Deposit
Deposit untuk
kerja pengubah suaian dan kerja tambahan adalah seperti berikut:
Elektrik / penambahan pendawaian RM200.00
Kerja paip RM200.00
Pemasangan lampu RM150.00
Penghawa dingin RM200.00
Jeriji besi RM150.00
Ketukangan / ubah suai dalaman RM300.00
6.3 Pemasangan Alat Penghawa Dingin
Pemasangan
penghawa dingin (air-condition) jenis 'split unit' sahaja dibenarkan dengan
syarat compressor mesti dipasang mengikut kedudukan yang ditetapkan oleh Pihak
Pengurusan.
6.4 Penggunaan Kawasan Harta, Bersama / Kawasan
Awam
Bahan atau
alat pertukangan yang digunakan sepanjang kerja pembaikan atau menaik taraf
perlu diletakkan secara sementara, berhati-hati dan kemas (jika di kawasan
harta bersama / kawasan awam seperti di tangga, koridor d1l.) supaya tidak
menghalang laluan awam dan mesti dibersihkan seperti asal setelah tamat kerja.
Kontraktor yang dilantik hendaklah membawa keluar sisa buangan dari kawasan
flet sebaik sahaja kerja pembaikan / menaik taraf selesai atau menggalak
ketidak selesaan kepada penduduk / pemilik lain.
6.5 Bekalan Air Dan Elektrik
Semua
pemilik / penduduk / kontraktor tidak dibenar menggunakan paip air dan punca
elektrik dari kawasan harta bersama / kawasan awam semasa menjalankan
kerja-kerja pembaikan atau menaik taraf dan semasa pembersihan kotoran dan
sampah sarap, akibat kerja tersebut.
6.6 Batasan / Had Kerja Pembaikan Atau Menaik
Taraf
Kerja-kerja
pembaikan dan menaik taraf mesti dibatasi. Runtuhan atau pecahan dinding
mana-mana struktur bangunan flet tidak dibenarkan sama sekali. Penduduk mesti
mendapat kebenaran bertulis terlebih dahulu sama ada dari Pihak Pengurusan atau
pihak berkuasa yang berkaitan dengan menepati syarat dan peraturan yang
dikeluarkan.
6.7 Tatacara Kontraktor
Setiap
pemilik / penduduk bertanggung jawab ke atas tatacara kontraktor yang
dilantiknya. Apa-apa kerosakan atau kemusnahan ke atas bangunan dan peralatan
di dalamnya berpunca dari kerja-kerja tersebut atau kecuaian peribadi
kontraktornya perlu diganti atau dibaiki di bawah tanggungan pemilik / penduduk
terlibat.
6.8 Tanggungjawab Pemilik
a)
Pemilik
adalah bertanggung-jawab di atas sebarang kemalangan atau kerosakan struktur
yang disebabkan oleh kerja pengubah-suaian samada mematuhi atau tidak
syarat-syarat yang telah di tetapkan oleh pihak pengurusan.
b)
Rumah
ini dibina melalui sistem konkrit pasang siap (precast concrete). Oleh itu
pemilik tidak dibenarkan membuat pengubah-suaian ke atas struktur yang sedia
ada tanpa kebenaran pihak pengurusan. Sebarang kerosakan disebabkan oleh kerja
pengubah-suaian yang tidak dibenarkan atau di luluskan oleh pihak pengurusan
tidak lagi tertakluk di dalam Tempoh Tanggungan Kerosakan (DLP) dan sebarang
kos baik pulih akan ditanggung oleh pemilik unit itu sendiri.
7.0 KEMUDAHAN AWAM DAN REKREASI
7.1 Peraturan
Am
a) Bagi mengekalkan keselesaan hidup di
flet ini, penduduk terutamanya perlu menggunakan semua kemudahan awam dan
rekreasi yang disediakan dengan sebaik mungkin.
b) Setiap penduduk bertanggung jawab ke
atas apa-apa kerosakan yang dilakukannya atau oleh tetamunya. Sebarang
kerosakan sebelumnya perlu dilaporkan kepada Pihak Pengurusan bagi tujuan
pembaikan atau tindakan selanjutnya.
c) Pihak Pengurusan berhak menanya atau
menyoal mana-mana individu atau pihak yang menggunakan kemudahan tersebut bagi
tujuan pengenalpastian (jika perlu) dan / atau menghalang dari menggunakan
kemudahan tersebut jika didapati individu atau pihak itu melanggar syarat dan
peraturan penggunaan kemudahan awam dan rekreasi di flet tersebut.
d) Selain dari memerlukan
langkah-langkah penjagaan oleh Pihak Pengurusan ke atas kemudahan awam dan
rekreasi, semua penduduk turut bertanggung jawab ke atas sebarang risiko ketika
menggunakan kemudahan tersebut. Pihak Pengurusan tidak akan bertanggung jawab ke
atas sebarang kecederaan atau kerugian yang berlaku.
e) Syarat dan peraturan penggunaan
kemudahan awam boleh diubah tanpa pemberian notis.
8.0 LAIN-LAIN KEMUDAHAN
Penetapan peraturan dan garis panduan penggunaan
lain-lain kemudahan akan dibuat mengikut masa yang sesuai.
9.0 NOTA PENTING
9.1 Penafian
Tanggungan
Pihak Pengurusan, wakil dan kakitangannya tidak
bertanggung jawab ke atas apa-apa tuntutan kehilangan, kerosakan atau
kemusnahan harta persendirian atau kecederaan atau kematian mana-mana individu
di flet ini.
9.2 Syarat
Dan Terma Perjanjian Jual Beli (S&P)
Syarat dan peraturan yang termaktub di dalam Peraturan
Kediaman ini adalah sebagai tambahan dan bukan pengurangan terhadap syarat dan
terma, penetapan atau batasan yang termaktub di dalam Perjanjian Jual Beli
(S&P) dan perundangan yang berkaitan.
9.3 Perubahan
Dan Pengubahsuaian
Pihak Pengurusan berhak mengubah, mengubah suai atau
menukar mana-mana atau semua peruntukan Peraturan Kediaman ini dari masa ke
semasa jika difikirkan perlu untuk kepentingan semua pihak terlibat.